Jumaat, 10 Mei 2013

UMS tidak terlibat perhimpunan jalanan

10th May, 2013
KOTA KINABALU: Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh mana- mana pihak berhubung isu keputusan pilihan raya yang diumumkan baru-baru ini.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah menegaskan bahawa penggunaan logo UMS yang terpampang pada banner, poster atau pun di laman- laman sosial mengenai penganjuran sebarang perhimpunan adalah diluar keizinan pihak universiti.
Sehubungan itu, katanya, pihak universiti akan membuat siasatan bagi mengenal pasti pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan logo universiti untuk tujuan itu.
“Saya juga dengan sekeras-kerasnya melarang sebarang penglibatan daripada mahasiswa UMS di dalam perhimpunan atau demontrasi sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Beliau menasihatkan siswa-siswi sekalian memberi tumpuan terhadap tujuan asal memasuki menara gading iaitu sebagai seorang penuntut ilmu yang diberi kepercayaan oleh ibu bapa untuk menamatkan pengajian dengan segulung ijazah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...