Isnin, 18 Mac 2013



PangKalan TUDM Terapung di Pulau Layang-Layang. Apa Kehebatannya?





Projek Pangkalan Tentera Udara Terapung di Pulau layang-layang atas arahan Tun Mahathir


                                                Kedudukan Pulau Layang-Layang

Pangkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia di Terumbu Layang-layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu.

Pegawai pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu telah berkurangan  dibandingkan tahun lepas dan kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan. 

"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (Kapal Tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik" kata beliau.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, Kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.



F-18D Homet terbang berdekatan Pulau Layang-layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China selatan . Dulu pulau ini, sekadar terumbu, kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ini ditambak untuk dijadikan pulau serta pangkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini lebih kurang 2.5 km Persegi. Panjang Landasan sekitar 1300 meter.


DiINtip Kapal Selam Asing
Seorang anggota Pasukan laut Khas (PASKAL) memberitahu Bernama pangkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.

Lt Khairulislah berkata, pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktaviti tangkapan ikan di perairan itu.

Beliau berkata setiap bot asing asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan akan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan tuntutan samaada mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.

Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan  menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogan kata mereka disini "kami akanpertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah Terakhir"

Lt Khairulislah berkata bilai tangkapan ikan Tuna yangterdapat di periaran Pulau layang-layang adalah melebihi RM70 juta setahun.

Adakah Ini ada kaitan dengan tuntutan Kepulauan Sptraatly??

KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY

1.Menguatkan lagi tuntutan da penguasaan malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 Km persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

2. Pulau layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

3.Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta "helipad" di terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

4. Filipina turut mempunyai kubu tenteranya di pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan yang dikendali oleh sayap Komposit Taktikal 570th.

5. China walaupun tidak mempunyai pangkalan yang besar di kepulauan Spartly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.

6.Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel dan sejenis radar.

7. Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal Perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

8.Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk 5 kereta kebal.

STRATEGI MALAYSIA


1. malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain. Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang menjadi sebuah pulau.

2. Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai radar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spartly.

3.Malaysia juga membina kapal selamnya di Teluk Sepanggar, sabah sebagai persediaan menghadapi konflik di Spartly juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

4. Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan peperangan anti kapal selam.

5. Jarak operasi pesawat sukhoi dan J-10 china untuk ke Spartly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal pesawat induk untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.

6. Sebagai contoh, Britain dalam krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dar Argentina kerana britain mepunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermas.

7.Kemasukan Pesawat-pesawat Sukhoi 30KM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yg bawah, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari Perairan Vietnam, Filipina, sehinggalah ke Sabah.

P/S jarak operasi Sukhoi 30-MkM memang berjauh berbanding pesawat tempur yang lain.

Sumber:http//panggungopera.blogspot.com







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...