Jumaat, 10 Mei 2013

Perhimpunan Banta PRU 13

Sikap segelintir Masyarakat di negara ini yang menyertai bantahan keputusan PRU ke-13 yang dianjurkan oleh ketua pembangkang itu adalah manusia yang tidak menghargai kenikmatan dan keamanan negara, bahkan golongan masyarakat ini menolak sistem demokrasi negara..

UMS tidak terlibat perhimpunan jalanan

10th May, 2013
KOTA KINABALU: Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh mana- mana pihak berhubung isu keputusan pilihan raya yang diumumkan baru-baru ini.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah menegaskan bahawa penggunaan logo UMS yang terpampang pada banner, poster atau pun di laman- laman sosial mengenai penganjuran sebarang perhimpunan adalah diluar keizinan pihak universiti.
Sehubungan itu, katanya, pihak universiti akan membuat siasatan bagi mengenal pasti pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan logo universiti untuk tujuan itu.
“Saya juga dengan sekeras-kerasnya melarang sebarang penglibatan daripada mahasiswa UMS di dalam perhimpunan atau demontrasi sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Beliau menasihatkan siswa-siswi sekalian memberi tumpuan terhadap tujuan asal memasuki menara gading iaitu sebagai seorang penuntut ilmu yang diberi kepercayaan oleh ibu bapa untuk menamatkan pengajian dengan segulung ijazah.

EGM boleh diadakan untuk bincang berhubung pendirian MCA dalam kerajaan


10 Mei 2013
KUALA LUMPUR - MCA boleh mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) sebelum mesyuarat agung tahunannya jika ia mahu membincangkan isu penting mengenai perwakilan orang Cina dalam kerajaan, kata Speaker MCA Datuk Yik Phooi Hong.

"MCA boleh mengadakan EGM terlebih dahulu untuk membincangkan perkara itu.

Tetapi walau apapun, kita tunggu hasil mesyuarat Majlis Presiden esok," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri penyampaian pinjaman pelajaran Kojadi di Wisma MCA di sini hari ini.

Para pemimpin MCA telah memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah lebih buruk daripada prestasi mereka pada 2008.

Pada pilihan raya umum 5 Mei yang baru berakhir, MCA hanya menang tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), berbanding 15 kerusi Parlimen dan 32 DUN yang dimenanginya pada 2008.

Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengambil langkah melepaskan semua jawatannya yang dilantik, tetapi mendiamkan diri mengenai jawatannya dalam parti walaupun menerima tekanan supaya meletak jawatan.

Berikutan itu, ramai pihak mendesak parti itu membatalkan keputusan itu.

Dalam perkara berasingan, Yik berkata pemilihan parti itu boleh diadakan seawal Oktober, mengambil kira bahawa ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan untuk mengadakan dan menyelesaikan pemilihan di peringkat akar umbi.

"Bagaimanapun ia mesti diadakan tahun ini, selewat-lewatnya Disember. Jadi, ia tidak kira jika kita mempercepatkannya atau tidak kerana ia hanya berkisar mengenai perbezaan satu atau dua bulan," katanya.

Pada 2011, parti itu meminda perlembagaannya bagi menangguhkan pemilihan parti kepada enam bulan selepas selesai pilihan raya umum. - Bernama

Khamis, 9 Mei 2013

Kaji punca kawasan tak sokong BN

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pihaknya akan mengkaji punca menyebabkan beberapa kawasan di Parlimen Kemaman tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.

Katanya, kajian itu bukan untuk mencari kesalahan sesiapa tetapi bagi memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang ada di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak menjadi penyebab penduduk di kawasan itu tidak menyokong BN. 
Kita akui ada beberapa kawasan didapati kurang mengundi BN, tetapi bukan semua penduduk di kawasan berkenaan berbuat demikian. 


Saya ingin berterima kasih kepada semua yang mengundi saya dan BN dalam PRU-13, katanya dalam satu kenyataan , semalam.

Ahmad Shabery berkata, beliau tidak pernah secara langsung menyatakan bahawa eksekutif Melayu dan penduduk di Rantau Petronas tidak menyokong BN, sebaliknya kesal kerana kenyataannya disalah petik.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KajipuncakawasantaksokongBN/Article/index_html

Cetus isu perkauman

Putrajaya: Pejabat Peguam Negara mengesahkan menerima laporan bahawa beberapa pemimpin parti politik mengaitkan isu berkaitan perkauman dalam ceramah mereka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. 

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Abdul Wahab Mohamed, berkata beliau tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenainya buat masa sekarang kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. 
Tambah beliau, pihaknya juga ada menerima aduan membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan beberapa isu termasuk mengenai dakwat kekal selain beberapa insiden ketika hari pengundian. 


Setakat ini, 327 laporan polis diterima merangkumi aduan mengenai dakwat kekal yang mudah dibasuh selain isu pemerhati pilihan raya yang diarahkan keluar oleh Ketua Tempat Mengundi selama 30 minit selepas tamat tempoh mengundi dan sebelum pengiraan undi. 

Pelbagai aduan 

Selain itu, ada aduan membabitkan nama pengundi tersenarai semula selepas melakukan undi pos, pengundi hadir untuk mengundi sudah dipotong namanya sedangkan belum mengundi selain petugas SPR memangkah kertas undi sebelum diserah kepada pengundi untuk dimasukkan dalam peti undi, katanya pada satu sidang media, di sini semalam. 

Dalam pada itu, kata Wahab, empat lelaki akan didakwa secara berasingan di tiga Mahkamah Majistret di Selangor hari ini kerana melakukan pelbagai kesalahan pada hari mengundi 5 Mei lalu. 
Katanya, seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Teluk Datok kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menghalang penjawat awam (pegawai polis) daripada menjalankan tugas rasminya di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kah Wah, Kuala Langat pada jam 3.45 petang 5 Mei lalu. 

Dua lagi lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan pada jam 5.09 petang 5 Mei lalu kerana mengambil bahagian dalam rusuhan dan memiliki batang besi serta topi keledar di Jalan Mesra, Pandamaran, Pelabuhan Klang. 

Pecah cermin bas 

Katanya, seorang lagi individu turut dihadapkan di mahkamah sama dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin bas syarikat Cityliner Sdn Bhd kira-kira jam 5.09 petang 5 Mei lalu. 

Mengulas perkembangan insiden letupan ketika kempen di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 23 April lalu, Wahab berkata tiada perkembangan baru sehingga sekarang dan kes itu masih dalam siasatan. 

Katanya, setakat ini empat suspek ditahan bagi membantu siasatan tetapi semua mereka didapati tidak terbabit dalam insiden berkenaan.

Www.bharian.com.my/bharian/articles/Cetusisuperkauman/Article/index_html

PAS bantah perhimpunan

Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). 

Sebaliknya ketuanya, Datuk Harun Taib meminta semua pemimpin pakatan pembangkang menerima keputusan rakyat Ahad lalu dengan hati terbuka. 

Www.bharian.com.my/bharian/articles/PASbantahperhimpunan/Article/

Rabu, 8 Mei 2013

UBAH PR BELUM TENTU JANJIKAN PERUBAHAN


JOHOR BAHARU : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengingatkan rakyat bahawa slogan 'Ubah' yang sering dilaungkan pembangkang belum pasti menjanjikan perubahan yang lebih baik kepada negara ini.

http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=35&Itemid=27

Pemimpin pedalaman harap penyusunan Kabinet beri peluang kaum Murut

Pemimpin pedalaman harap penyusunan Kabinet beri peluang kaum Murut

8th May, 2013KENINGAU: Para pemimpin masyarakat Murut di kawasan pedalaman mengharapkan penyusunan Kabinet Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) akan memberi peluang kepada wakil-wakil rakyat dari kaum itu sekurang-kurangnya seorang Menteri Penuh.
Ketua Daerah Nabawan OKK Sayau Tangkap berkata, suku kaum Murut perlu ada wakil dalam Kabinet Negeri bagi menghargai perjuangan kaum itu dalam memberi sokongan kepada calon-calon BN sehingga mencapai kemenangan.
Katanya, dalam dua penggal yang lepas kaum ini tidak mempunyai wakil dalam Kabinet Negeri mahupun Kabinet Persekutuan.
“Tetapi saya sebagai salah seorang pemimpin kaum Murut ingin memfokus kepada Kabinet Negeri terlebih dahulu kerana ini adalah keperluan bagi kaum ini dalam barisan Kabinet yang akan dibentuk dalam sehari dua ini,” katanya ketika dihubungi kelmarin.
Katanya, walaupun beliau tidak menyebut atau menamakan siapa yang mewakili suku kaum ini tetapi terserahlah kepada pucuk pimpinan untuk menilai berdasarkan kepada pengalaman mereka.
‘Saya cuma mencadangkan dan terserahlah kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan yang penting ada wakil dari kaum ini dalam Kabinet Negeri Sabah,” jelasnya. Sementara itu Ketua Daerah TenomOKK David Jani berkata, kaum Murut perlu ada wakil dalam barisan Kabinet Negeri Sabah.
Ini katanya, kerana kaum ini masih ketinggalan dan masih memerlukan pembangunan terutama dalam program peningkatan ekonomi.
“Dengan adanya sekurang-kurangnya seorang Menteri Penuh akan dapat mewakili kaum ini dalam membentuk dasar dan merancang pembangunan khususnya di luar bandar yang masih ketinggalan,” katanya.
Selain itu katanya, pucuk pimpinan BN perlu melihat ini sebagai satu perkara yang amat penting kerana suasana politik semakin berubah.
Katanya, wakil kaum Murut dalam barisan Kabinet adalah perkara yang perlu diambil perhatian bagi mengimbangi rungutan kaum ini dalam tempoh dua penggal yang lepas.
Tambahnya, sebelum ini wakil-wakil rakyat dari kaum ini hanya memegang jawatan Pembantu Menteri.

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/68349

Sedarlah bangsa Melayu... Kita perjuangkan bangsa dan agama islam kita bukan sebab kita racist.. Tapi sebab ini Tanah Melayu.. Kita yang patut berkuasa... Bukannya ikut cakap orang lain..

Najib: Tugas saya seterusnya mengharmonikan isu perkauman


8 Mei 2013
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tugas beliau seterusnya adalah untuk mengharmonikan isu perkauman.
Oleh yang demikian, beliau berkata kerajaan perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan.
"Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu-isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan," katanya dalam posting di Twitter beliau hari ini.
Najib mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas apabila Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Dua hari lepas, Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan  Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini.
Najib pada Isnin berkata kerajaan akan melaksanakan usaha ke arah penyatuan nasional untuk menyatukan rakyat yang dilihat berpecah pada Pilihan Raya Umum ke-13. - Bernama

Zam syor DAP sertai BN


8 Mei 2013
Tan Sri Zainuddin Maidin
Tan Sri Zainuddin Maidin
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menyarankan DAP supaya menyertai Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kerajaan Malaysia diwakili kaum Cina.

Katanya langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.  

"Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan BN menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melangkah ke arah national reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia," katanya dalam blognya Zamkata.  

Katanya orang Cina yang kini berada dalam euphoria kemenangan belum dapat kesakitannya (tidak diwakili dalam kerajaan), tetapi dalam jangka masa yang tidak panjang, mereka akan menyedari kesilapan besar yang telah dilakukan (menolak BN enbloc).

BN memenangi 133 kerusi, pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu. Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan  Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk.

Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu menganggotai jemaah menteri baharu Najib.

Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Dewan Rakyat.

Zainuddin berkata: "Masyarakat Cina yang mengharapkan penghapusan kerajaan dominan Melayu BN telah dihadiahkan oleh DAP dengan sebuah kerajaan tanpa orang Cina."

Justeru DAP sedang menghadapi tekanan amat berat daripada masyarakat Cina yang kecewa untuk mendapat perubahan kerajaan seperti yang diyakinkan kepada mereka oleh penasihatnya, Lim Kit Siang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

"Maka itu kita dapat melihat keadaan mereka berdua seperti cacing kepanasan setelah mencapai kemenangan besar yang tidak mencecah Putrajaya.

"Dan kerana itu mereka mahu kembali ke jalan raya untuk menutup kegagalan mereka dan mengelirukan pengikut-pengikut terhadap pembohongan dan penipuan mereka dengan menuding jari ke pihak lain," katanya.

Katanya jalan terbuka bagi DAP untuk menenangkan kemarahan masyarakat Cina kepadanya ialah dengan menawarkan penyertaan DAP dalam kerajaan, kerana ia parti yang mewakili orang Cina Malaysia sekarang yang terbukti dengan keupayaannya mendapat 38 kerusi berbanding MCA hanya 7 kerusi.

Zainuddin berkata untuk menyelamatkan maruahnya, DAP tentunya memerlukan sokongan daripada masyarakat Cina untuk membuat tawaran kepada kerajaan.

"Dan tentunya sikap mereka yang pragmatik, materialistik dan realisitik memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan orang Cina," tambahnya. 

Bagaimanapun, katanya, halangan terbesar ialah PKR yang pastinya sama sekali tidak dapat menyertai jemaah menteri baharu kerana kepimpinannya menghadapi rayuan kes tuduhan meliwat yang belum selesai.

Katanya DAP harus menimbang untung rugi berada di luar kerajaan berbanding jika DAP berada dalam kerajaan untuk jangka masa lima tahun akan datang.

Antara faktor yang DAP dan BN perlu ambil kira ialah jurang politik yang wujud jika kedua-dua pihak terus bertegang di atas dasar masing-masing yang sudah tidak sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baharu.

Jika Pas sanggup mengorbankan dasar negara Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP, maka tentunya DAP dan BN juga dapat mengambil langkah yang dinamik dalam politik, ujarnya.

"Kedua-dua pihak mestilah sanggup untuk bertolak ansur dan mengorbankan prinsip keras masing-masing yang sudah tidak praktikal dan lapuk untuk disesuaikan dengan cita rasa generasi baharu Malaysia," katanya.

Katanya jika DAP dapat bekerjasama dengan Pas yang langsung tidak mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah untuk bekerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras.- Bernama
www.sinarharian.com.my/zam-syor-dap-sertai-bn-1.158239

Perhimpunan tak hormat demokrasi


Kuala Lumpur: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jelas tidak menghormati prinsip demokrasi dan suara rakyat. 

Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim yang juga bekas rakan karib Anwar menyifatkan pemimpin PKR itu sebagai ‘gila talak’ sehingga sanggup menggadai keharmonian negara bagi mencapai matlamatnya menjadi Perdana Menteri. 
Mahu guling kerajaan 


“Kita tidak terkejut dan ini sememangnya sudah dijangka kerana sebelum ini beliau pernah berkata, jika gagal mengambil Putrajaya melalui pilihan raya, mereka akan menggulingkan kerajaan melalui jalan raya. 

“Ini adalah satu tindakan yang cuba memperbodohkan rakyat yang membuat keputusan. Jika mahu menolak keputusan pilihan raya, pembangkang perlu menolak semuanya. Jangan terima keputusan pilihan raya di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. 

“Saya seru Anwar supaya menerima ketentuan Allah. Jika tidak menjadi Perdana Menteri dunia belum kiamat, masih ada peluang lima tahun lagi,” katanya. 

Keputusan PRU-13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen, manakala DAP meraih 38 kerusi, 28 PKR dan 21 PAS. 
Anwar yang sebelum pilihan raya umum berjanji untuk berundur daripada politik jika gagal merampas Putrajaya, turut enggan berbuat demikian. 

Capai matlamat peribadi 

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin, berkata tindakan Anwar terus mempertikaikan keputusan PRU-13 membuktikan beliau tidak mengutamakan kepentingan rakyat, sebaliknya hanya mahu mencapai matlamat peribadinya. 

“BN tidak pula ‘meroyan’ walaupun mereka kalah di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Anwar jelas tidak menghormati proses demokrasi negara dan keputusan rakyat. 

“Anwar berada dalam keadaan cukup terdesak. Bagi saya ini adalah satu malapetaka politik yang mana pemimpin tidak rasional dan tidak layak menjadi Perdana Menteri cuba mencapai impian itu,” katanya.

Pengundi Cina kena tipu


Pengundi Cina kena tipuNajib ketika menghadiri perjumpaan khas tertutup bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional di PWTC, semalam.
Diperdaya pembangkang kononnya undi mereka boleh tumbangkan BN: PM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata pengundi Cina telah diperdaya oleh pembangkang kononnya undi mereka boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menukar kerajaan. 
Namun, Perdana Menteri berkata, ia sebenarnya tidak benar kerana walaupun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang, BN mendapat mandat menerusi pengundi Melayu dan Bumiputera lain serta India. 

Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa.

Terpedaya

“Mereka telah diperdaya oleh pembangkang. Meskipun di sesetengah tempat, 90 peratus sokong DAP atau pembangkang, sokongan orang Melayu, Iban, Kadazan. Bumiputera dan India, BN masih kekal sebagai kerajaan.

“Kita harus sedar parti pembangkang sudah menggambarkan kepada masyarakat Cina bahawa mereka boleh ubah kerajaan. Malah, itu slogan yang digunakan. Mereka yang mengundi pembangkang benar-benar percaya boleh ubah kerajaan.

“Tetapi, hakikatnya walaupun sebahagian besar masyarakat Cina sokong pembangkang, kerajaan tidak tumbang. Ini satu penipuan besar kepada masyarakat Cina sehingga mereka betul-betul yakin kerajaan akan berubah kepada pembangkang,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas tertutup dengan Ahli Parlimen BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. 
Perdana Menteri berkata, walaupun BN banyak membantu masyarakat Cina, mereka tetap mempercayai penipuan pembangkang kerana dihasut, terutama oleh DAP.

Bukan salah pengundi Cina

Sementara itu, ketika diasak pemberita agensi berita luar negara yang mempersoalkan tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam ‘Apa lagi Cina mahu?’ yang mempertikaikan sikap pengundi Cina itu, Najib berkata:

“Ya lah... tetapi anda menyalahkan Utusan. Bagaimana pula dengan akhbar Cina... adakah anda menyatakan bahawa akhbar Cina menyatakan perkara yang benar sepanjang masa?”

Namun, Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa.

Beliau juga berkata, kemerosotan tujuh kerusi Parlimen BN kepada 133 berbanding 140 pada 2008 berpunca daripada penipuan pembangkang terhadap pengundi Cina.

Katanya, jika hanya 25 peratus pengundi Cina mengundi BN seperti 2008, beliau dapat membentuk kerajaan majoriti dua pertiga.

Justeru, bagi menarik balik sokongan pengundi Cina yang terpengaruh dengan penipuan besar pembangkang, Najib berkata, semua pihak termasuk media, perlu menerangkan perkara sebenar kepada mereka.

BN kaji secara mendalam

Ditanya sama ada perubahan akan dilakukan berikutan keputusan PRU-13, beliau berkata, BN akan mengkaji secara mendalam dan membincangkannya sesama parti komponen untuk menentukan langkah yang patut diambil.

Mengenai kenyataan penganalisis politik bahawa pembangkang mendapat sokongan pengundi bandar, beliau menjelaskan BN mempunyai fakta bahawa sokongan daripada banyak pusat daerah mengundi (PDM) kawasan Melayu semakin kukuh berbanding 2008.

“Pada 2008 UMNO menang 79 kerusi, kali ini 88 kerusi. Ini bermakna undi Melayu bertambah kukuh di seluruh negara,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengundiCinakenatipu/Article

Polis akan ambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan 508

Petaling Jaya: Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan 508 atas dua kesalahan utama yang menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) dan Akta Hasutan. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi BH berkata, siasatan mendapati notis pemberitahuan hanya dihantar semalam, beberapa jam sebelum perhimpunan berlangsung. 
Beliau berkata, secara automatik ia melanggar peraturan ditetapkan di bawah Seksyen 9 (5) APA 2012 yang mewajibkan notis itu dihantar dalam tempoh sepuluh hari menjelang tarikh acara. 


"Polis turut mengesan ucapan berbaur hasutan diberikan beberapa pemimpin politik semasa perhimpunan itu berlangsung. 

"Untuk itu, kita akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan," katanya. 

Tun Hisan juga berkata, pihak polis sebelum ini telah meminta penganjur mengangguhkan acara berkenaan ke satu tarikh lain. 

"Kita dah minta mereka tangguh ke satu tarikh lain, namun mereka tetap berdegil. "Ini membuktikan mereka gagal mematuhi peraturan demi keselamatan dan ketenteraman awam," katanya. 

Tinjauan BH mendapati laluan di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) di kedua-dua hala berhampiran Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sesak teruk berikutan tindakan peserta yang meletakkan kenderaan sesuka hati. 

Mereka turut membuat provokasi dengan mengutuk kerajaan dan mengibarkan bendera-bendera parti pembangkang. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisakanambiltindakanterhadappenganjurPerhimpunan508/Article/

EU ucap tahniah kepada Najib, ingin teruskan kerjasama dengan BN


EU ucap tahniah kepada Najib, ingin teruskan kerjasama dengan BNCatherine Ashton
JOHOR BAHRU: Wakil Tertinggi bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya mengekalkan jawatannya untuk sepenggal lagi. 

Ashton, yang juga naib presiden Suruhanjaya EU berkata: "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengambil bahagian secara aman dan penuh bersemangat pada Pilihan Raya Umum ke-13 mereka. 
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Najib Razak kerana menyandang jawatan itu untuk sepenggal lagi. 


“Saya berharap akan dapat terus bekerjasama dengan kerajaannya," kata Ashton dalam kenyataan yang dikeluarkan Delegasi EU ke Malaysia. 

Mengenai dakwaan pihak tertentu tentang wujudnya kepincangan dalam proses pilihan raya umum pada 5 Mei lepas, Ashton berkata, beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak lain yang berkenaan akan menyiasat dan menangani dakwaan itu dengan sewajarnya. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EUucaptahniahkepadaNajib_inginteruskankerjasamadenganBN/Article/index_html

BN sekali Lagi Diberi Mandat: Tanda Cinta akan Rakyat Terhadap Pimpinan PM

Mahasiswa dan Mahasiswi berasa terharu dan gembira dengan keputusan PRU ke-13 baru-baru ini apabila keptusan berpihak kepada BN. Ini membuktikan bahawa hanya BN sahaja yang mampu mentadbir negara ini dengan sebaik-baiknya demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Tugas saya seterusnya mengharmonikan isu perkauman, kata Najib

KUALA LUMPUR: Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tugas beliau seterusnya adalah untuk mengharmonikan isu perkauman. 

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan. 
"Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan," katanya dalam posting di Twitter beliau hari ini. 


Najib mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu apabila Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. 

Dua hari lalu, Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di depan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini. 

Beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan usaha ke arah penyatuan nasional untuk menyatukan rakyat yang dilihat berpecah pada PRU13. - BERNAMA 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tugassayaseterusnyamengharmonikanisuperkauman_kataNajib/Article/

Jumaat, 3 Mei 2013

PRU13: PAS, PKR punca perpecahan Melayu - Dr Mahathir


BUKIT MERTAJAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti yang menjadi penyebab kepada berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Melayu yang dulunya kuat dan bersatu padu di bawah satu parti menjadi lemah apabila golongan ulama Umno kecewa mendapatkan kerusi bertindak keluar daripada parti itu dan menubuhkan PAS.

"PAS memecah belahkan orang Umno. Ramai juga yang masuk PAS, pecah orang Umno biar Umno jadi lemah dan bermula dari situ orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan," katanya.

Sampai hari ini pun, PAS di bawah kepimpinan Datuk Nik Abdul AZiz Nik Mat masih gilakan kuasa, katanya demikian di hadapan kira-kira 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pada majlis bacaan Yassin dan solat hajat di Pusat Komersial Permatang Pauh, di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail, Datuk Mohamad Nasir Abdullah (DUN Seberang Jaya) dan Anuar Faisal Yahaya (DUN Permatang Pasir).

Dr Mahathir berkata perpecahan masyarakat Melayu di negara ini menjadi semakin ketara apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan PKR untuk membolehkan angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Beliau berkata perpecahan itu menyebabkan masyarakat Melayu bertambah lemah dan terpaksa 'mengemis' di negara sendiri seperti mana PAS dan Anwar mengemis kepada DAP untuk mendapatkan sokongan.
Selain itu, Dr Mahathir mengingatkan penduduk di Permatang Pauh supaya tidak bersubahat dengan Anwar dan perlu menolak Ketua Umum PKR itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Justeru, beliau menyeru rakyat supaya terus menyokong BN bagi memastikan gabungan itu kekal sebagai kerajaan yang memerintah negara ini. - BERNAMA

Isnin, 29 April 2013

PRU13: Kota Bharu akan ditransformasikan jika BN berkuasa di Kelanta

PUTRAJAYA: Bandar Kota Bharu di Kelantan akan ditransformasikan menjadi ibu negeri yang selesa untuk didiami dan pusat perniagaan yang kondusif jika Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semula negeri itu, kata calon BN bagi kerusi parlimen Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh. 

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, sejak Kelantan ditadbir kerajaan negeri pimpinan PAS, keadaan bandar itu lesu kerana kurang aktiviti pembangunan dan ekonomi yang menawarkan peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan kepada anak-anak Kelantan.
Atas sebab itu ramai penduduk Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya, berhijrah dan merantau ke negeri-negeri lain untuk mencari nafkah, katanya semasa berucap pada majlis Forum Perdana anjuran Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di sini malam tadi. 


Kira-kira 400 orang Kota Bharu yang bermastautin di sekitar Lembah Klang hadir pada majlis itu. 

Mohamad Fatmi berkata, beliau tidak bimbang dengan kelompok orang Kelantan yang merantau dan berjaya dalam kehidupan dan ramai di antara mereka memegang jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan serta berjaya dalam dunia perniagaan. 

"Apa yang saya bimbang ialah golongan anak-anak Kelantan yang merantau, yang berpendapatan rendah dan mengalami kesukaran untuk hidup dengan selesa dan mencukupi di negeri-negeri orang, seperti mereka yang tinggal di Kuala Lumpur," jelas beliau. 

Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan selama ini telah gagal menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk Kelantan, apatah lagi hendak menjana ekonomi dan membawa pelaburan masuk ke negeri itu. 
Katanya, mereka yang hendak berniaga dan peniaga sedia ada di Kota Baharu khususnya, turut mengadu masalah seperti kekurangan ruang kedai untuk memulakan perniagaan dan jika ada ruang pun, ia amat sempit dan sewanya mahal. 

"Ada seorang peniaga Cina mengadu kepada saya, ruang kedai kecil yang dibelinya di Kota Baharu lebih kurang sama mahalnya dengan kedai yang terdapat di Pavilion, iaitu sebuah pusat beli-belah ternama di Kuala Lumpur, daripada segi nilai harga mengikut ukuran satu kaki persegi," kata Mohamad Fatmi. 

Katanya, jika BN berkuasa semula di Kelantan, pelbagai pelaburan baru dan besar akan dibawa masuk ke negeri itu bagi merancakkan aktiviti ekonomi serta menarik anak-anak Kelantan yang merantau supaya pulang dan mendapat pekerjaan yang baik serta tinggal dengan selesa di negeri itu. - BERNAMA 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_KotaBharuakanditransformasikanjikaBNberkuasadiKelantan/Article/

Isnin, 22 April 2013

Tubuh kerajaan kukuh, berwibawa

Shah Alam: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pilihan raya umum (PRU) bukan mengenai individu tetapi untuk menubuhkan kerajaan kuat dan berwibawa bagi membawa kejayaan kepada negara. 

Justeru, Perdana Menteri berkata, sekiranya tindakan diambil mengikut perasaan dan tumpuan hanya diberikan kepada soal individu, maka ia sudah tersasar daripada objektif sebenar pilihan raya. 

Kita tekankan yang penting sekali ialah parti sebab pada kesudahannya, pengalaman menunjukkan individu tidak kuat. Nama-nama besar juga apabila bertanding bebas, mereka tidak mendapat kejayaan. 

Kita harus kembali kepada objektif pilihan raya, iaitu untuk menubuhkan kerajaan. 

Ia tidak lain tidak bukan untuk masa depan negara dan anak-anak kita yang terlalu bernilai, katanya pada sidang akhbar di sini, semalam. 

Mengenai dakwaan bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, bahawa beliau tiada menerima tawaran parti untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan, Najib berkata: 
Tanyalah Menteri Besar (Perak), tanya Tan Sri Muhyiddin (Yassin), tanya (Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor)... kita memang tawarkan dia DUN Bukit Chandan (Perak) untuk bertanding sebagai ADUN, katanya. 

Tinjauan mesra 

Mengulas lawatan turun padang dalam program tinjauan mesra beliau di kawasan Parlimen Selayang, Gombak, Kota Raja dan Shah Alam, semalam, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, berkata sambutan pengundi dan semangat jentera BN amat baik. 

Katanya, tumpuan kini kepada kerja menggerakkan jentera parti untuk mencapai kemenangan BN dan soal pencalonan tidak lagi berbangkit. 

Isu air 

Dalam konteks ini, beliau menegaskan, amat penting untuk kerajaan Selangor dan Pusat sama-sama di bawah Kerajaan BN untuk melicinkan pentadbiran. 

Ada banyak perkara membabitkan kuasa kerajaan negeri yang menyentuh kepentingan Kerajaan Pusat dan negara pada keseluruhannya. Antaranya, isu air. 

Sebab itu amat penting bagi pengundi di Selangor melihat bahawa negeri ini begitu strategik untuk kepentingan negara secara keseluruhan, katanya. 

Sementara itu, ditanya tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS, Najib menyifatkannya sebagai bukan isu kerana sudah dijangkakan.

bharian.com.my/bharian/articles/Tubuhkerajaankukuh_berwibawa/Article/index_html

Imam Madinah iktiraf BN

Imam Madinah iktiraf BN
Muhyiddin bersalaman dengan Imam Masjid Al-Nabawi Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, semalam. - Foto Sairien Nafis

Kuala Lumpur: Imam Masjid Al-Nabawi di Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair mengiktiraf usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam di negara ini yang dilihat selari dengan tuntutan agama. 

Malah, beliau kagum dengan usaha kerajaan menerusi institusi agama yang mengimarahkan rumah ibadat, khususnya masjid demi mendekatkan umat Islam dengan amal salih. 
Pandangan itu disuarakannya kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama pegawai masjid dan surau, ahli jawatankuasa masjid, pendakwah dan pendidik Wilayah Persekutuan, di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, di sini semalam. 


Penghormatan kepada negara Muhyiddin berkata, kehadiran Al-Syeikh Solah pada majlis itu penghormatan kepada umat Islam negara ini, sekali gus menggambarkan keprihatinannya dan Kerajaan Arab Saudi terhadap usaha BN meningkatkan syiar Islam yang menjadi teras perpaduan ummah. 

Sambil menyatakan rasa bertuah dengan pertemuan itu, Muhyiddin berkata, sebagai parti politik terbesar orang Melayu dan umat Islam, UMNO menjadikan matlamat untuk menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam sebagai prinsip perjuangan parti. 

Terus istiqamah 

Alhamdulillah dengan sikap pemimpin negara yang istiqamah mempertahankan kesucian Islam, walaupun diasak dengan pelbagai cabaran dan dugaan termasuk gerakan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan tuntutan kebebasan beragama, kedudukan Islam di negara kita terus terpelihara, katanya dalam ucapan di hadapan lebih 5,000 hadirin. 
Timbalan Perdana Menteri berkata, kedudukan Islam sebagai agama istimewa yang dianggap nikmat kepada umat Islam di negara ini tidak datang bergolek, sebaliknya hasil perjuangan pemimpin terdahulu. 

Sehubungan itu, pendakwah yang berperanan menerusi pelbagai institusi Islam tidak boleh leka kerana cabaran terhadap kedudukan Islam datang dalam pelbagai bentuk termasuk melalui penyelewengan akidah atau kecelaruan pemikiran, sekali gus meruntuhkan akhlak umat Islam. 

Institusi pendakwah 

Kerajaan menyediakan pelbagai institusi bagi membantu pendakwah melaksanakan dakwah dengan lebih sempurna, antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam negeri dan Yayasan Dakwah Islam yang bukan saja membiayai, malah menyediakan pelbagai bentuk sokongan. 

Bagi menegakkan dan menyebarkan syiar Islam, kerajaan membangunkan institusi pendidikan Islam, bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) negeri, mengambil guru agama berkhidmat dalam kerajaan dan latihan secukupnya dalam pendidikan Islam, katanya. 

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri menyerahkan sumbangan sagu hati Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM377,500 kepada 755 imam, bilal, noja dan pendakwah di Wilayah Persekutuan. 

.bharian.com.my/bharian/articles/ImamMadinahiktirafBN/Article/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...