Ahad, 31 Mac 2013

Penyokong Pas didakwa bakar, khianat bakar 27 bendera BN


SALAH satu bendera BN yang dibakar dan dicampak ke tanah oleh sekumpulan penyokong Pas di pekan Parit Bakar, Muar baru-baru ini. - UTUSAN/ZULHISHAM ISAHAK


MUAR 31 Mac - Parlimen belumpun dibubarkan, tarikh pilihan raya umum pun belum diketahui, namun gelagat ganas dan provokatif para penyokong pakatan pembangkang sudah mula ditunjukkan.

Dalam kejadian di sini, 27 bendera Barisan Nasional (BN) dibakar dan tiangnya dipatahkan dalam tiga kejadian berasingan di pekan Parit Bakar pada Ahad, Selasa dan awal pagi Rabu yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong Pas.

Pada kira-kira pukul 2 petang Ahad lalu, empat bendera dibakar serta tiangnya dipatahkan. Kejadian kedua pula berlaku pada pukul 9.30 malam Selasa lalu dan ketiga pada 1.30 pagi Rabu.

Pengerusi Biro Keselamatan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) UMNO Bahagian Muar, Mahmud Md. Top berkata, bagi perbuatan khianat pertama, pihaknya hanya menemui kesan-kesan perbuatan itu dan tidak mempunyai saksi.
"Bagaimanapun pada puk
ul 9.30 malam Selasa, saya dan rakan nampak sendiri perbuatan itu dilakukan oleh penyokong-penyokong Pas, lingkungan lima orang. Kami juga dimaki selain selain mereka kutuk UMNO dan BN. Mereka bakar 20 bendera BN, tiangnya dipatahkan.

"Apabila keluar rumah pukul 1.30 pagi (Rabu), kami didapati penyokong Pas berkumpul lagi di situ dalam jumlah lebih ramai iaitu lebih 10 orang. Empat lagi bendera BN sudah dibakar. Kami bukan tuduh sembarangan, kami kenal penyokong Pas itu, mereka penduduk tempatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh pihak BN di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada pukul 7 malam, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli pula ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan ia sedang disiasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130331/px_13/Penyokong-Pas-didakwa-bakar-khianat-bakar-27-bendera-BN#ixzz2P84c7jSo
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Pembangkang angkuh tolak tawaran RTM - Rais




SHAH ALAM 30 Mac - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan pakatan pembangkang sebagai angkuh apabila menolak tawaran untuk membentangkan manifesto pilihan raya mereka menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau berkata, tawaran 10 minit itu tertakluk kepada semua parti politik dan bukannya satu muslihat seperti yang didakwa pakatan pembangkang sebelum ini.

"Sikap angkuh pembangkang ini sudah terdaftar dalam pemikiran rakyat dan biasanya 'orang berbudi, kita berbahasa' tetapi bagi pakatan pembangkang mereka tolak sekali gus tanpa memberi alasan yang cukup.
"Sepatutnya mereka ambil tawaran itu sebagai peluang keemasan tetapi oleh kerana angkuh, terasa yakin, mereka tidak mahu menerimanya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama Warga Pos Malaysia di sini hari ini.

Pada 22 Mac lalu, Rais mengumumkan semua parti politik dibenar membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran RTM selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat.

Bagaimanapun DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menolak tawaran 10 minit itu. Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas juga dilaporkan turut menolak tawaran tersebut


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130331/px_05/Pembangkang-angkuh-tolak-tawaran-RTM---Rais#ixzz2P83mP6vN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PRU-13: Dr. Mahathir lahir kebimbangan


MELAKA 30 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pembangkang akan mencari jalan untuk mencetuskan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Perdana Menteri berkata, rancangan kotor pembangkang itu sememangnya sudah dijangka kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk meminta campur tangan pemerhati luar bagi mengisytiharkan PRU-13 sebagai tidak sah.
''Saya yakin mereka akan cuba kerana kalau mereka kalah, mereka akan tunjuk perasaan sepanjang masa kerana niat mereka nak panggil pemerhati asing.
''Bila tidak ada pemerhati asing, mereka dakwa pilihan raya yang berjalan berlaku penipuan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Bicara Negarawan, Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara di Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan kira-kira 2,000 mahasiswa daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT).
Beliau mengulas usaha parti pembangkang yang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa pilihan raya umum nanti dengan tersebarnya risalah mengandungi cara mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.
Pendedahan strategi kotor itu dibuat oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah.
Dr. Mahathir berkata, walau apa pun usaha diambil kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya berjalan baik, pembangkang tetap akan mencari jalan memastikan pilihan raya itu menemui kegagalan.
''Kalau kerajaan meningkatkan kawalan keselamatan pada pilihan raya, sudah tentu pembangkang akan cakap segala tindakan dibuat anggota keselamatan untuk menjaga keamanan sebagai satu bentuk penindasan," ujar belia


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130331/px_04/PRU-13-Dr-Mahathir-lahir-kebimbangan#ixzz2P83AXzsk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

BN akan pertahan Johor habis-habisan - Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR 31 Mac - Barisan Nasional (BN) menjanjikan tentangan hebat kepada pembangkang yang ingin menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
"Sebagai Ketua Penerangan UMNO, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan.
"Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Barisan 1Malaysia yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang yang ingin menawan kubu kuat UMNO itu.
Beliau berkata, hasrat pembangkang itu juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham dengan politik di Johor.
"Johor sebati dengan UMNO dan BN. Perpaduan Melayu di sana sangat utuh. Jika mereka kata hanya kerana ramai pengundi India dan Cina (di Johor), mereka boleh tawan Johor, mereka tidak faham politik di Johor sebenarnya," katanya.
Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada 2011, Ahmad berkata, calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim mampu mempertahan kerusi itu walaupun komposisi pengundi di kawasan berkenaan ialah 53 peratus bukan Melayu dan 47 peratus Melayu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130331/px_26/BN-akan-pertahan-Johor-habis-habisan---Ahmad-Maslan#ixzz2P82IMbC0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sabtu, 30 Mac 2013

Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed BN yakin jadikan Selangor negeri maju





Pertumbuhan ekonomi ditingkat jika kembali memerintah 

Shah Alam: Barisan Nasional (BN) yakin mampu mengangkat Selangor menjadi negeri maju berpendapatan tinggi pertama di negara ini jika berjaya merampas kembali negeri itu daripada pakatan pembangkang. 
Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata selepas pembangkang memerintah lima tahun, pertumbuhan ekonomi Selangor menguncup dengan banyak usahawan dan warga industri mengeluh.

Sukar berurusan
“Mereka mengadu kerajaan negeri diterajui PKR-DAP-PAS tidak menyediakan peluang perniagaan baru, kesukaran mendapatkan perniagaan, sukar berurusan dengan kerajaan negeri selain tiada pertumbuhan ekonomi yang ketara.

“Meskipun mereka mendakwa pelaburan langsung asing (FDI) Selangor tertinggi di negara ini, hakikatnya ia gagal mengatasi FDI 2007, sewaktu BN memerintah negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH selepas menghadiri majlis penghargaan untuk pengusaha logistik Selangor yang dihadiri hampir 400 warga industri terbabit. Mohd Zin berkata, pengusaha logistik mempunyai peranan penting kerana mereka adalah penggerak utama dalam setiap pembangunan prasarana dan ekonomi.

“Mereka adalah penggerak kepada setiap pembangunan yang dilaksanakan. Jika mereka mengadu tidak mendapat banyak peluang perniagaan, ia bermakna pertumbuhan ekonomi negeri menguncup,” katanya.

Prasarana hebat
Beliau berkata, Selangor mempunyai segala prasarana hebat yang mampu mengangkatnya menjadi negeri maju, lebih dulu berbanding sasaran negara maju yang ditetapkan kerajaan pusat.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri mengambil sikap bermusuh dengan kerajaan pusat sehingga menyaksikan pertumbuhannya terbantut.

“Seharusnya kerajaan negeri mementingkan kemajuan Selangor dan bekerjasama dengan kerajaan pusat. Tapi mereka lebih rela bergaduh demi kepentingan politik daripada membangunkan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zin berkata, BN akan mengumumkan manifesto khas Selangor yang memberikan tumpuan terhadap usaha mengangkat negeri ini menjadi negeri maju dengan rakyatnya memperoleh pendapatan tinggi andai memenangi pilihan raya umum kelak.

http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/BNyakinjadikanSelangornegerimaju/Article

BN Kelantan kemuka calon diterima masyarakat



Kota Bharu: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menonjolkan barisan calon yang mempunyai ketokohan mantap dan diterima rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata barisan itu akan menggandingkan muka baru dan lama. 
Bagaimanapun, beliau berkata, senarai calon BN untuk Kelantan masih belum dimuktamadkan dan bergantung kepada keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak. 

Kita berharap calon dapat membawa kemenangan... kita cuba, tetapi nak 100 peratus memang susah” Mustapa Mohamed, Pengerusi BN Kelantan

“Kita berharap calon dapat membawa kemenangan... kita cuba, tetapi nak 100 peratus memang susah, kita bukan sempurna segala-galanya, sudah tentu ada cacat cela, tapi yang penting kita buat terbaik.

Kalangan terbaik

“Apa juga yang kita tonjolkan sudah pasti ada kurang dan mempertikaikannya, tetapi bagi saya dan Presiden parti, ini (calon) kalangan terbaik di Kelantan,” katanya selepas meninjau Karnival Pengajian Tinggi 2013 di pekarangan Stadium Sultan Mohd IV di sini, semalam.

Mengulas persiapan parti, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata pihaknya hampir siap 100 peratus dan kini memberi tumpuan kepada ceramah dan gerakan rumah ke rumah. 
Ditanya rancangan Kerajaan PAS Kelantan membina stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Mustapa berkata rakyat perlu menilai kerajaan negeri berdasarkan rekod mereka selama ini.

Janji perlu ditepati

“Sebelum ini (pelancaran beberapa projek) hanya tinggal batu asas, contohnya stadium wanita dan sebagainya, banyak dilakukan pecah tanah tapi tak mampu dilaksanakan, kerajaan tidak ada masalah, kalau nak buat baguslah, tapi janji perlu ditepati.

“Nak dekat pilihan raya memang akan banyak lagi gimik pelancaran dan pecah tanah, kita tak nak macam di Selangor yang janji macam-macam tetapi tidak ditunai.

“Bagaimanapun, kita tetap akan meneruskan rancangan untuk buat tujuh projek mega di Kelantan seperti diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini,” katanya.

http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/BNKelantankemukacalonditerimamasyarakat/Article/index_html

Jumaat, 29 Mac 2013

‘Anwar sanggup buat apa saja


Jasin: Sepuluh perkara sedang dirancang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) seperti didakwa seorang bekas pemimpin PKR, baru-baru ini, tidak mustahil berlaku. 

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Mohammad Fairus Khairuddin, berkata ini kerana, Ketua Pembangkang itu tertekan berikutan beberapa isu, termasuk penyebaran video seks didakwa membabitkan Penasihat PKR itu di internet, menjadikan Anwar ibarat harimau parah, sanggup melakukan apa saja. 
“Saya yakin dan tidak menolak kemungkinan 10 perkara itu menjelang PRU-13 kerana Anwar bertekad, mahu atau tidak, dia pasti berusaha mendapatkan kuasa untuk jadi Perdana Menteri. Sebenarnya, dia kini menghitung hari menamatkan karier politik. 


Mahu capai cita-cita 

“Usia mencecah 65 tahun sudah pasti tidak mengizinkannya untuk mencapai cita-cita politiknya pada PRU-14. Sebab itu, dia sanggup buat apa saja pada PRU-13 ini,” katanya kepada BH selepas menyampaikan ceramah isu ketika di Kampung Sempang, Serkam, di sini, semalam. 

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zukifli Nordin, baru-baru ini, mendedahkan 10 taktik terbaru pembangkang untuk memburukkan kerajaan serta memenangi pilihan raya, termasuk menggunakan ahli keluarga Saiful Bukhari Azlan tampil menafikan perlakuan liwat membabitkan Anwar. 

Yakin BN kekal kuasa 
Dalam perkembangan lain di Alor Setar, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di depan lebih 500 hadirin sempena program Sepetang Bersama Tun M di Dewan Konvensyen Al-Bukhary International University (AIU), semalam yakin Barisan Nasional (BN) mampu terus mengekalkan penguasaan selepas PRU-13. 

“Memang saya akui sukar bagi parti seperti BN yang pernah kalah (di beberapa negeri pada PRU-12) untuk bangkit, namun saya yakin BN sudah buat yang terbaik untuk PRU kali ini walaupun tidak lagi sekuat dulu. Persoalannya, berapa banyak kerusi yang akan BN menang,” katanya. 

Dr Mahathir berkata, keputusan PRU-13 akan banyak bergantung kepada pertimbangan pengundi terutama kecenderungan membuat pilihan.

Pemimpin pembangkang angkuh, tak profesional


Kuala Lumpur: Pemimpin pembangkang cuba memperdaya rakyat apabila sentiasa menutup kesalahan mereka dengan menuduh kononnya ia konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong, berkata pembangkang juga bersikap angkuh enggan meminta maaf dan sering mengambil ringan kesilapan mereka walaupun ia memberi kesan besar. 
Beliau memberi contoh sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyifatkan kesilapan fakta disiarkan laman web kerajaan negeri mengenai perbezaan besar kos projek pembinaan terowong dasar laut dan lebuh raya utama di negeri itu, sekadar ‘silap taip’ serta perkara remeh. 


Selain itu, katanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sewenang-wenang meminda manifesto bercetak pakatan yang sudah diumumkan apabila ditegur berkaitan isu tuntutan 20 peratus royalti minyak dan gas kepada negeri pengeluar. 

Hanya mahu kejar undi 

“Banyak bukti menunjukkan pemimpin pakatan pembangkang tidak cekap dan tidak profesional, hanya mahu mengejar undi. Guan Eng terlalu sombong hingga tidak memohon maaf walaupun dikritik, sedangkan kesilapan fakta mengenai kos projek (terowong) itu adalah perkara serius. 

“Saya juga ingin bertanya adakah Guan Eng buat kajian mendalam mengenai projek itu, termasuk dari segi kesan terhadap alam sekitar dan membentuk jawatankuasa khas? Sebaliknya, ia kelihatan dibuat secara tergesa-gesa tanpa analisis sewajarnya. 
“Rakyat boleh menilai bagaimana perkara sebegitu tidak pernah dilakukan Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri begitu teliti dan terperinci dalam membuat perancangan atau pelaksanaan untuk negara dan rakyat,” katanya kepada BH, semalam. 

Lum Yong turut mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang memilih bulu dalam pemberian baucar beli-belah kepada warga emas di negeri itu apabila mengetepikan penyokong BN, malah didakwa turut merancang menuding jari kepada BN dan UMNO dalam isu kesilapan kiraan undi calon Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti terbabit, Disember lalu.

BN atasi masalah jika diberi mandat

Georgetown: Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan rumah mampu milik di Pulau Pinang dalam jangka waktu singkat jika diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRU-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pentadbiran tidak cekap DAP menyebabkan isu perumahan mampu milik dan kesesakan lalu lintas tidak dapat diatasi dengan baik hingga menyusahkan rakyat. 
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang berkata, Kerajaan Pusat menerusi agenda transformasi negara akan berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk di Pulau Pinang dengan membina kira-kira 20,000 rumah mampu milik bagi memberi peluang kepada rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri. 


“Isu kesesakan lalu lintas juga akan diatasi dengan mewujudkan mekanisme berkesan untuk mengatasi masalah kepadatan trafik yang sekian lama membelenggu rakyat negeri ini.

Perlu dilaksana segera

“Perkara ini perlu dilaksanakan segera kerana kesesakan lalu lintas juga memberi kesan terhadap produktiviti pekerja,” katanya berucap pada Majlis Santai Bersama Kakitangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibni Hajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan kerjanya ke Pulau Pinang, baru-baru ini berjanji memberi dua ‘hadiah’ besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula.

http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/BNatasimasalahjikadiberimandat/Article

Waspada Memilih Pemimpin..Tersalah Pilih, Pada jadinya

Khamis, 28 Mac 2013

ANWAR BERBOHONG ISU LAHAD DATU SEWAKTU HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT DI SABAH!!!!!


Mengapa Anwar Ibrahim BERBOHONG kepada rakyat Sabah dalam 'Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu pada 25 Mac 2013.



Satu perkataan paling tepat untuk Anwar Ibrahim ... TERPERANGKAP DALAM PEMBOHONGAN.


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.


Ini adalah intipati uacapan Anwar Ibrahim yang diambil dari SUARA KELDAIAN DAILY, artikel penuh klik DI SINI.



Rakyat di ajak untuk meneliti, menganalisa dan membuat kesimpulan setiap bait perkataan ucapan Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu pada 25 Mac 2013, yang dipetik dari media rasmi PKR ini. 

Adakah rakyat sudah nampak betapa PEMBOHONGAN dan TERPERANGKAPnya Anwar Ibrahim dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa anggota pasukan keselamatan negara.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF). “Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi). - SUARA KEADILAN, 27 MAC 2013.

Rakyat perlu bertanya kepada Anwar Ibrahim, mengapa perlu beliau membangkitkan cerita sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Adakah insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu ini berlaku pada tahun 1998 atau pada tahun 2013 ? 

Isu pokok di sini adalah penglibatan pembangkang dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu pada tahun 2013.

Mengapa Anwar Ibrahim tidak menjawab isu pertemuan beliau dengan Nur Misuari sebanyak dua kali pada tahun 2012 ?


16 Julai 2012 - Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari di Jakarta. Pertemuan berlangsung di hotel Crowne Plaza Jakarta.

4 Ogos 2012 - Pertemuan kedua Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari di Manila bagi memuktamadkan dan menandatangi perjanjian. Anwar Ibrahim menaiki pesawat MH 704 ke Manila.



Di hadapan rakyat Sabah di Kota Kinabalu, Anwar Ibrahim juga TIDAK BERANI dan GAGAL CEMERLANG untuk menjawab dan menafikan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media ini.





Ini adalah persoalan paling pokok, dakwaan media penglibatan Anwar Ibrahim dan pembangkang sehingga tercetusnya tragedi berdarah di Lahad Datu. Anwar Ibrahim lari dari menjawab pertuduhan ini. Mengapa ?



Anwar juga masih terus-menerus lari dari menjawab isu pokok dan mula menuding jari dan meletakkan kesalahan terhadap UMNO. 

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian. “Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin. SUARA KEADILAN, 27 MAC 2013.

Rakyat perlu bertanya kepada Ketua Umum PKR ini ... Anwar, adakah kamu ini BANGANG dan TOLOL ?



Inikah bakal Perdana Menteri Malaysia yang tidak tahu membezakan di antara pemimpin MILF Ebrahim Murad Al-Haj dan pemimpin pengganas Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III.Anwar Ibrahim rabun ? Lemah Akal ?

TERPERANGKAP ...

Anwar Ibrahim sememangnya sudah TERPERANGKAP dengan mainan politik jijiknya. Bukti-bukti semakin nyata Anwar Ibrahim sememangnya terbabit dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu.

Rakyat seharusnya sudah mengenali dan melihat siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. KANTOL LAGI ...



SUMBER : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/03/akhirnya-anwar-berbohong-isu-lahad-datu.html

Mahathir: Umno tidak pernah sokong bakar Bible


1 Februari 2013
KUALA LUMPUR -  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno tidak pernah menyokong tindakan membakar kitab Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah 'Allah'.
  
Beliau berkata, kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali tidak mencerminkan pendirian Umno.
  
"Ibrahim bukan anggota Umno. Beliau mungkin menyokong Umno tetapi beliau bukan jurucakap bagi Umno," katanya dalam entri terbaharu blognya www.chedet.cc.
  
Dr Mahathir berkata adalah malang Ibrahim harus mencadangkan agar kitab Bible menggunakan kalimah Allah, yang baharu dicetak dibakar.
  

"Itu mungkin cara untuk kita melupuskan sebarang penerbitan yang tidak diingini. Namun ia tidak boleh dilakukan untuk kitab suci seperti Bible dan al-Quran.
  
"Tetapi apa yang diperkatakan Ibrahim tidak mencerminkan pendirian Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menganggapnya sebegitu untuk meraih publisiti politik," katanya.
  
Dr Mahathir berkata, beliau menganggap cubaan untuk membayangkan sokongan Ibrahim terhadap Umno "bermaksud apa yang diperkatakan ialah apa yang dilanggan Umno sebagai nakal".
  
Beliau berkata, walaupun rakyat Malaysia boleh menganuti perbezaan fahaman politik, namun mereka tidak harus menggunakan perbezaan agama untuk meraih sokongan pengundi bagi memenangi pilihan raya.
  
"Ia umpama pedang bermata dua, dan mereka yang hidup dengan pedang akhirnya mati oleh pedang.
  
"Biarlah kontroversi ini diselesaikan oleh orang yang bertanggungjawab secara tertutup. Jangan biarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu agama. Ia mungkin menafikan kebebasan bersuara tetapi kebebasan tersebut, di dalam demokrasi yang liberal, mempunyai kekangan jika mahu demokrasi terus subur.
  
"Saya ingin merayu semua pihak supaya menghentikan tindakan menyalahgunakan isu ini," katanya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mahathir-umno-tidak-pernah-sokong-bakar-bible-1.127106

Mahathir: Pilih parti boleh capai Wawasan 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad

SANDAKAN - Rakyat negara ini diminta memilih pemerintah secara bijak dan tidak terikut dengan perasaan semata-mata bagi memastikan mereka tidak tersalah pilih pemerintah.
   
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat tidak terlalu terpengaruh dengan kedaerahan, kaum, ideologi dan pihak tertentu ketika memilih pemerintah.
   
Katanya tentukan pemerintah yang dipilih mempunyai kewibawaan, pengalaman, mampu menjaga keselamatan negara, ekonomi dan sosial negara.
   
"Rakyat perlu matang dalam perkara ini dan kita tidak boleh mengikut perasaan semata-mata. Ini kerana ramai akan cuba menimbulkan perasaan benci kepada sesuatu dan kerana kebencian itu kita boleh membuat pilihan pemerintah yang salah," katanya pada 'Program Temu bual Bersama Radio Sandakan FM' yang bersiaran hari ini.
   
Temu bual secara rakaman melalui telefon itu disiarkan pada 9.30 pagi bertajuk "Malaysia Negara Cemerlang Menjelang 2020".

Dr Mahathir berkata nilailah kebolehan sesebuah pihak itu - adakah mereka mampu melaksanakan pemerintahan yang baik dan memastikan Wawasan 2020 negara - menuju ke arah negara maju tercapai.
   
Beliau berkata jika memilih sebuah parti yang pendapatnya berbeza dengan Wawasan 2020 dan mereka ingin menunjukkan kebolehan mereka dengan memperkenal wawasan mereka, ia akan menyebabkan pergolakan berlaku dalam politik negara dan sudah tentu Wawasan 2020 dilupakan.
   
"Memang ini naluri manusia apabila berkuasa dia ingin menunjukkan kebolehan tetapi apa yang diperkenalkan itu tidak baik kepada kita.
   
"Justeru itu, saya berharap rakyat Malaysia berhati-hati memilih dengan cara bijak, menggunakan akal fikiran dan bukannya emosi," katanya.
   
Bekas perdana menteri itu juga meminta rakyat memberi penghargaan terhadap jasa yang ditunjukkan oleh orang tertentu dalam membangunkan negara, menyelamatkan negara dan menentukan rakyat hidup sempurna dan bahagia. - Bernama



http://www.sinarharian.com.my/nasional/mahathir-pilih-parti-boleh-capai-wawasan-2020

PM kesal!! dengan tindakan Pembangkang!!!!!

KESAL! Ia mungkin perkataan yang boleh digambarkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan segelintir pihak yang sanggup membangkitkan isu sensitif demi meraih keuntungan politik.

Menurut Najib, perbuatan itu jelas sekali tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Saya lihat ada sikap degil, sikap yang tegar, sikap yang mahu meraih keuntungan politik jangka pendek dan membangkitkan isu-isu oleh beberapa orang politik semata-mata nak meraih keuntungan menjelang pilihan raya.

"Inilah sikap yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh mereka semata-mata nak memancing undi sahaja," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 2 Februari lalu.

Sementara itu, pengguguran bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura Pas tidak melemahkan semangat beliau untuk terus mendaulatkan syiar Islam di bumi bertuah ini.

Menurut Nasharudin, beliau tidak akan meninggalkan parti itu yang disertainya sekian lama iaitu sejak bergelar penuntut.

Namun Nasharudin turut tertanya-tanya berhubung status keanggotaannya dalam parti itu kerana tidak mendapat sebarang surat rasmi.

Mengulas mengenai pendirian Nasharudin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Nasharudin memang masih ahli Pas dan parti itu mempunyai cara penilaiannya sendiri ke atas Nasharudin yang memutuskan tidak ada sebab untuk mereka memecat Nasharudin sebagai ahli Pas.

"Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.

"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat," katanya.

Minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seolah-olah menunjukkan jalan keluar kepada Nasharudin dengan menggambarkan Ahli Parlimen Bachok itu seumpama seorang wanita yang sudah diceraikan.

Sementara itu kunjungan Nik Aziz ke rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh minggu lalu mengundang satu lagi kontroversi membabitkan isu kalimah ALLAH yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, bulan lalu.

Hadi dalam satu kenyataan menyebut isu kalimah ALLAH sudah selesai menerusi pertemuan antara dua pemimpin itu.

Pas katanya berpegang kepada pendirian Majlis Syura Pas.

Karpal kemudian menyatakan rasa kesalnya kerana menurut beliau, dalam pertemuan dengan Nik Aziz itu, hal tersebut langsung tidak dibincangkan.

Hadi yang diminta mengulas isu itu pada 3 Februari lalu bagaimanapun meminta media merujuk kepada kenyataannya yang dikeluarkan dalam lidah rasmi Pas.

Hadi sebelum itu ketika menyampaikan ucapan dalam Himpunan Perdana Ummah bersama Pas mendakwa isu kalimah ALLAH yang menjadi pertikaian adalah kerana mainan Umno.

"Ini kerja Umno. Mengaku Islam... bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah ALLAH,"  kata Hadi.

Dalam ucapan itu Hadi turut menegaskan, Pas yakin dengan kerjasamanya dengan Pakatan Rakyat dan tidak sama sekali akan berpatah balik dan menjalin semula hubungannya dengan Umno.

Sementara itu, di Selangor, kerajaan PKR yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh.

Namun katanya ianya tertakluk kepada keputusan pimpinan tertinggi pakatan pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 1 Februari lalu berkata, pihaknya masih membincangkan tentang cadangan itu.

Sementara itu, antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang minggu ini tentunya Karnival Karangkraf edisi kelima yang melabuhkan tirainya pada 3 Februari.

Kira-kira 350,000 pengunjung membanjiri pekarangan Kumpulan Media Karangkraf bagi turut serta dalam karnival yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut ini.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Hussamuddin Yaacub, konsep karnival seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.   

Sementara itu, tepat jam 10.30 pagi 2 Februari lalu, pelakon, Liyana Jasmay, 25, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Fathuddin Mazlan, 28.

Upacara pernikahan yang berlangsung di ruang ballroom Hotel Seri Pacific dikendalikan sendiri oleh bapa Liyana, Jasmay Md. Shah dan disaksikan kaum keluarga terdekat pasangan pengantin dan kenalan.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/kisah-nasha-meriahkan-politik-malaysia-1.128195

1,010 suri rumah saman MB Selangor

1,010 suri rumah saman MB Selangor Suri rumah yang hadir untuk memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

Shah Alam: Kecewa kerana kegagalan pembangkang melaksanakan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), seramai 1,010 suri rumah di Selangor memfailkan saman RM5.85 juta terhadap kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam. 

Saman itu membabitkan elaun suri rumah seperti dijanjikan dalam kempen pilihan raya umum pakatan pembangkang pada 2008. 
Writ saman berkenaan difailkan Tetuan Kamarudian & Partners di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, antara Norela Abu Bakar, 42, dan 1,009 yang lain terhadap kerajaan Selangor dan Abdul Khalid. 


Ia antara lain menyatakan sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum pada Mac 2008, defendan pertama iaitu kerajaan Selangor–gabungan parti politik DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), berjanji kepada rakyat negeri itu termasuk plaintif untuk memberikan elaun suri rumah jika mereka memenangi pilihan raya itu. 

Layak terima elaun 

Kumpulan pertama suri rumah itu menyatakan, berdasarkan kepada manifesto itu, defendan pertama menegaskan setiap suri rumah di Selangor yang memilih untuk tidak bekerja dan menjaga anak masing-masing di rumah, layak menerima elaun itu. 

Mereka turut menyatakan, plaintif berkenaan adalah suri rumah yang memilih untuk tidak bekerja dan menjaga anak di rumah. 
Writ saman itu juga menyatakan, manifesto defendan pertama menjadi asas kepada kerajaan yang ditadbir oleh defendan pertama dan defendan kedua memenangi pilihan raya 2008. 

Laksana beberapa janji 

Mereka juga menyatakan defendan pertama sudah pun melaksanakan beberapa janji iaitu mewujudkan skim air percuma pada 1 Jun 2008 iaitu pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan; memberi hadiah RM1,000 kepada beberapa anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti dan memberi sumbangan RM1,000 kepada golongan warga emas di Selangor. 

Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini, defendan pertama gagal untuk membayar elaun kepada suri rumah seperti yang dijanjikan dalam manifesto itu. 

Abdul Khalid pula dikatakan menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan defendan pertama membuat bayaran elaun kepada plaintif.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_010surirumahsamanMBSelangor/Article
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...