Ahad, 31 Mac 2013

Pembangkang angkuh tolak tawaran RTM - Rais




SHAH ALAM 30 Mac - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan pakatan pembangkang sebagai angkuh apabila menolak tawaran untuk membentangkan manifesto pilihan raya mereka menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau berkata, tawaran 10 minit itu tertakluk kepada semua parti politik dan bukannya satu muslihat seperti yang didakwa pakatan pembangkang sebelum ini.

"Sikap angkuh pembangkang ini sudah terdaftar dalam pemikiran rakyat dan biasanya 'orang berbudi, kita berbahasa' tetapi bagi pakatan pembangkang mereka tolak sekali gus tanpa memberi alasan yang cukup.
"Sepatutnya mereka ambil tawaran itu sebagai peluang keemasan tetapi oleh kerana angkuh, terasa yakin, mereka tidak mahu menerimanya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama Warga Pos Malaysia di sini hari ini.

Pada 22 Mac lalu, Rais mengumumkan semua parti politik dibenar membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran RTM selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat.

Bagaimanapun DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menolak tawaran 10 minit itu. Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas juga dilaporkan turut menolak tawaran tersebut


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130331/px_05/Pembangkang-angkuh-tolak-tawaran-RTM---Rais#ixzz2P83mP6vN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...