Sabtu, 30 Mac 2013

BN Kelantan kemuka calon diterima masyarakat



Kota Bharu: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menonjolkan barisan calon yang mempunyai ketokohan mantap dan diterima rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata barisan itu akan menggandingkan muka baru dan lama. 
Bagaimanapun, beliau berkata, senarai calon BN untuk Kelantan masih belum dimuktamadkan dan bergantung kepada keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak. 

Kita berharap calon dapat membawa kemenangan... kita cuba, tetapi nak 100 peratus memang susah” Mustapa Mohamed, Pengerusi BN Kelantan

“Kita berharap calon dapat membawa kemenangan... kita cuba, tetapi nak 100 peratus memang susah, kita bukan sempurna segala-galanya, sudah tentu ada cacat cela, tapi yang penting kita buat terbaik.

Kalangan terbaik

“Apa juga yang kita tonjolkan sudah pasti ada kurang dan mempertikaikannya, tetapi bagi saya dan Presiden parti, ini (calon) kalangan terbaik di Kelantan,” katanya selepas meninjau Karnival Pengajian Tinggi 2013 di pekarangan Stadium Sultan Mohd IV di sini, semalam.

Mengulas persiapan parti, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata pihaknya hampir siap 100 peratus dan kini memberi tumpuan kepada ceramah dan gerakan rumah ke rumah. 
Ditanya rancangan Kerajaan PAS Kelantan membina stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Mustapa berkata rakyat perlu menilai kerajaan negeri berdasarkan rekod mereka selama ini.

Janji perlu ditepati

“Sebelum ini (pelancaran beberapa projek) hanya tinggal batu asas, contohnya stadium wanita dan sebagainya, banyak dilakukan pecah tanah tapi tak mampu dilaksanakan, kerajaan tidak ada masalah, kalau nak buat baguslah, tapi janji perlu ditepati.

“Nak dekat pilihan raya memang akan banyak lagi gimik pelancaran dan pecah tanah, kita tak nak macam di Selangor yang janji macam-macam tetapi tidak ditunai.

“Bagaimanapun, kita tetap akan meneruskan rancangan untuk buat tujuh projek mega di Kelantan seperti diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini,” katanya.

http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/BNKelantankemukacalonditerimamasyarakat/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...