Jumaat, 29 Mac 2013

BN atasi masalah jika diberi mandat

Georgetown: Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan rumah mampu milik di Pulau Pinang dalam jangka waktu singkat jika diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRU-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pentadbiran tidak cekap DAP menyebabkan isu perumahan mampu milik dan kesesakan lalu lintas tidak dapat diatasi dengan baik hingga menyusahkan rakyat. 
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang berkata, Kerajaan Pusat menerusi agenda transformasi negara akan berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk di Pulau Pinang dengan membina kira-kira 20,000 rumah mampu milik bagi memberi peluang kepada rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri. 


“Isu kesesakan lalu lintas juga akan diatasi dengan mewujudkan mekanisme berkesan untuk mengatasi masalah kepadatan trafik yang sekian lama membelenggu rakyat negeri ini.

Perlu dilaksana segera

“Perkara ini perlu dilaksanakan segera kerana kesesakan lalu lintas juga memberi kesan terhadap produktiviti pekerja,” katanya berucap pada Majlis Santai Bersama Kakitangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibni Hajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan kerjanya ke Pulau Pinang, baru-baru ini berjanji memberi dua ‘hadiah’ besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula.

http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/BNatasimasalahjikadiberimandat/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...