Selasa, 9 April 2013

Hak setiap kaum tak boleh dinafikan: Dr M

Ipoh: Tiada satu kaum pun di negara ini boleh berjaya dengan menafikan hak kaum lain, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, setiap kaum mesti berkorban sedikit bagi membolehkan kaum lain mendapat manfaat bersama untuk mewujudkan keamanan negara.
Kekayaan dikongsi 


Katanya, hanya negara yang aman dapat membangun dengan pesat dan menjana kekayaan untuk dikongsi dengan adil oleh rakyat.

Dr Mahathir berkata, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman memahami kepentingan kerjasama antara Melayu, Cina dan India dengan menubuhkan Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC.

Perkongsian kuasa itu terus kekal di bawah Barisan Nasional (BN) dengan lebih banyak parti komponen.

Kita berkongsi kuasa, kita berkongsi kekayaan, katanya berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Perdana Menteri bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Tokong Tow Boh Keong di sini, semalam. 
PM turut hadir

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut berucap pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 5,000 masyarakat Cina.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berkata, negara akan terus aman jika kaum Melayu, Cina dan India bekerjasama dan saling mempercayai seperti amalan BN.

Negara akan terus maju sekiranya kaum Melayu, Cina dan India bersatu padu dan mempercayai kepemimpinan BN yang sudah terbukti mampu mentadbir negara selama 55 tahun, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Haksetiapkaumtakbolehdinafikan_DrM/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...