Rabu, 10 April 2013

Peribadi calon nilai diutama BN: Najib

Kuala Lumpur: Bekas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan lalu, bekas pemimpin pembangkang dan calon Bebas mesra BN yang berpotensi menang turut dipertimbangkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, berkata mereka antara calon yang kini pada peringkat akhir penilaian dan dijangka diumumkan beberapa hari lagi. 
Beliau berkata, pertimbangan paling baik untuk memilih seseorang calon adalah menilai aspek keperibadian dan penerimaan di kawasan masing-masing. 


Calon kalah PRU 2008 

“Perkara penting... peribadi, kebolehan, ketokohan, pengalaman, rekod prestasi dan sebagainya sama ada calon ada masalah peribadi atau tidak. Dia mesti diterima di kawasan itu. 

“Kita juga mengambil kira faktor keseimbangan adil antara parti komponen BN dan sayap parti. Mereka kemukakan banyak permintaan dan cadangan,” katanya pada sidang media selepas taklimat kepada Pengerusi BN negeri dan pemimpin bahagian di sini, semalam. 

Perdana Menteri berkata, calon kalah pada Pilihan Raya Umum 2008 berpeluang dipertimbangkan mengikut kesesuaian semasa kerana bukan semuanya tidak layak bertanding semula. 
Katanya, kekalahan BN pada 2008 disebabkan faktor nasional dan justeru itu, prospek masa depan bekas calon perlu diambil kira kerana ada masih bekerja kuat dan diterima masyarakat setempat.

Atas tiket BN

Ditanya mengenai beberapa bekas pemimpin pembangkang serta Ahli Parlimen Bebas mesra kerajaan yang mungkin dipilih bertanding atas tiket BN, beliau berkata, ia berkait faktor penerimaan di sesuatu kawasan. 

Antara nama disebut-sebut ialah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; penyandang Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; penyandang Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan penyandang Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin. 

“Sesetengahnya ada memihak kepada BN tetapi tiada kawasan. Jika kita fikir ada ruang boleh diterima, kita terima. Jika sesuai, kita pertimbangan tetapi calon Bebas mesti guna lambang BN. Cuma, bilangan agak kecil sebab tak ada pertambahan kerusi baru seperti 2008 dan kita ada ramai calon (BN) menunggu,” katanya sambil menegaskan senarai calon BN belum muktamad.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeribadicalonnilaidiutamaBN_Najib/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...