Sabtu, 6 April 2013

Jangan terpedaya dakyah pembangkang tukar kerajaan: Adnan

BENTONG: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak terpedaya dengan dakyah untuk menukar kerajaan kerana kerajaan sedia ada sudah terbukti berjaya dan prihatin. 

Katanya dakyah pembangkang untuk menukar kerajaan dengan membuat pelbagai janji manis hanyalah kerana iri hati melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya melaksanakan tanggungjawab dan melakukan transformasi yang berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat dan hasil negara. 
"Pembangkang akan berbuat apa sahaja tanpa memikirkan kesan buruk atau baik ke atas negara dan rakyat asalkan cita-cita politik sempit mereka untuk menakluki Putrajaya tercapai," katanya ketika merasmikan Karnival Pertanian dan Jelajah Kesihatan Parlimen Bentong di Dataran Mempaga di sini, semalam. 


Adnan berkata beberapa negara di Timur Tengah seperti Mesir dan Syria yang menukar kerajaan sehingga kini negara terbabit masih belum aman dan rakyatnya hidup dalam kesusahan. 

"Di Mesir...hingga sekarang kerajaan baru tidak dapat dibentuk malah rakyatnya semakin terhimpit dan kesusahan akibat harga barang yang melambung. 

"Ertinya bukan mudah untuk menukar kerajaan dan akhirnya kerajaan lama juga yang dipilih rakyat. Oleh itu saya berharap rakyat jangan terlalu percaya dengan janji pembangkang yang ternyata palsu dan bohong," katanya. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Janganterpedayadakyahpembangkangtukarkerajaan_Adnan/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...