Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata semua pegawai PDM berkenaan akan diminta mengedarkan manifesto yang dicetak dalam pelbagai bahasa itu ke setiap rumah di kawasan masing-masing.
"Jentera BN akan diminta mengedarkan manifesto pelbagai bahasa ini kepada rakyat mulai malam ini juga bagi memastikan mereka dapat memahami dan menghayatinya," katanya kepada pemberita selepas menemui jentera BN kawasan Parlimen Muar di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah di sini hari ini.
Beliau berkata manifesto yang dilancarkan malam ini adalah yang terbaik dan dirangka oleh perdana menteri sejak setahun lepas setelah mengambil kira pelbagai faktor.
"Kita berharap rakyat akan dapat meneliti manifesto ini dengan baik dan menganggapnya sebagai satu janji yang akan ditepati," katanya. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ManifestoBNdiedarmalaminisebaikdilancarkanPM/Article/index_html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan