Selasa, 9 April 2013

'Manifesto pembangkang cedok idea BN'

Gombak: Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak pembangkang kerana menciplak sebahagian besar dasar yang sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk dijadikan manifesto mereka. 

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata tidak timbul isu BN menciplak idea pembangkang, sedangkan mereka secara jelas ketandusan idea baru dan menggunakan dasar kerajaan untuk dijadikan janji kepada rakyat. 
Katanya, jika dibuat perbandingan antara manifesto BN dan pembangkang, ia jelas menunjukkan mereka mencedok idea BN, tetapi memanipulasi isu dengan mendakwa BN menciplak idea mereka. 


Tokok tambah dasar kerajaan 

Mereka sebenarnya nak tiru apa yang kita buat, tokok tambah dasar yang kerajaan sudah buat. Mereka tidak berpengalaman sedangkan kita sudah buat kajian menyeluruh sebelum bentangkan manifesto. 

BN buat perancangan secara holistik tetapi mereka tumpukan kepada golongan tertentu saja. Kita buat perancangan secara berhemah, ikut kemampuan negara, bukan sekadar nak memenangi hati rakyat tanpa ambil kira kemampuan, katanya. 

Mengulas lanjut isu manifesto, Muhyiddin mengambil contoh bagaimana pembangkang mengabaikan kesan kepada industri sokongan termasuk peniaga kenderaan terpakai sekiranya harga kereta diturunkan terlalu rendah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ManifestopembangkangcedokideaBN_/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...